Subscribe to Zinmag Tribune
Subscribe to Zinmag Tribune
Subscribe to Zinmag Tribune by mail

Badar Al-Kubra

3:09:00 AM Posted by white john doe

"Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiayai. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Berkuasa menolong mereka itu". (al-Hajj : 39)


Tuhan itu Maha Adil. Setelah 15 tahun dicabuli, izinNya datang. Tangan umat Islam dipanjat ke hadrat Ilahi tanda syukur. Di hadapan, suatu kaum yang maha bongkak menanti. Panji dipersiapkan lantas dijulang tinggi Mus'ab 'Umair Al-Quraisyi. Biarpun berbekalkan jumlah yang sedikit, keyakinan tetap diperteguhkan. Kerana di sana, ada suatu janji dari Tuhan. Hujan renyai yang mendamaikan, kantuk yang menenangkan, solat yang menguatkan hubungan dengan Tuhan, musyawarah yang mendatangkan keberkatan, lemparan pasir yang mengelirukan, strategi yang diluar jangkaan, seribu Malaikat yang memusnahkan sebuah harapan - semuanya adalah kekuatan yang sempurna! Hinggakan, iblis yang menyamar sebagai Suraqah bin Malik juga turut kecut dan undur diri.

Menurut cerita Abdurrahman bin 'Auf, degil dan bongkak si Abu Jahal dilenyapkan oleh dua pemuda. Tangan Mu'az yang terkulai layu bersangkutan pada hanya secebis kulit, sengaja dipijak putus oleh dirinya sendiri. Kerna ia hanya membantutkan keghairahannya untuk membunuh kekejaman dan kesesatan Abu Jahal. Muawidz juga tidak mahu ketinggalan dalam merebut kehidupan yang mulia atau syahid menemui Syurga itu. Akhirnya, kepala Abu Jahal yang telah aib, dipenggal dan dibawa oleh Ibn Mas'ud menghadap Nabi Allah Muhammad saw.

Badar Al-Kubra, peperangan yang penting di hati Muslim sebenar. Tidak sanggup untuk tidak mengetahui dan memahami kisah agung ini, apatah lagi mengoyakkannya dari lembaran sejarah dunia. Barangkali Badar Al-Kubra membuatkan kita terfikir - apa sumbangan kita untuk agama, malah di sisi Tuhan, siapa sebenarnya kita?

"Dan ingatlah ketika kamu sedikit bilangannya serta tertindas di bumi, kamu takut orang-orang menangkap dan melarikan kamu, maka Allah memberi kamu tempat bermastautin dan diperkuatkan kamu dengan pertolonganNya serta dikurniakan kamu dan rezeki-rezeki yang baik-baik supaya kamu bersyukur" (al-Anfaal :26)

"yakinlah pada janji tuhan, al-haq pasti akan menang, merentasi masa dan zaman, biarpun golongan itu sedikit..."

You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Response to "Badar Al-Kubra"

Post a Comment

My Blog List